Sunday 31 May 2015

BIDANG PERTANIAN

Terdapat pelbagai pertanian yang dijalankan di Malaysia, seperti kelapa sawit, getah dan padi. 


Kelapa Sawit

Malaysia merupakan antara pengeluar dan pengeksport kelapa sawit yang terbesar di dunia. Kawasan utama penanaman kelapa sawit di Malaysia adalah di Sabah. Sebahagian kelapa sawit dimajukan oleh Skim Kerajaan FELDA, RISDA dan FELCRA manakala bakinya diusahakan oleh pekebun kecil. Malaysia merupakan eksport terbesar kelapa sawit ke China. MPOB merupakan badan yang bertanggungjawab merancang, menyelidik dan membangunkan industri minyak sawit dan kelapa sawit di Malaysia. 


Getah 

Pokok getah merupakan sejenis tumbuhan tropika. Malaysia merupakan pengeluar getah yang utama di dunia. 
Pokok getah bukan sahaja diusahakan untuk
 penghasilan susu getah sahaja tetapi kini batang
 getah merupakan komoditi penting di Malaysia bagi menghasilkan perabot kayu getah yang cantik dan berharga. Getah diusahakan oleh Felda. Getah dieksport ke China, Amerika Syarikat, Jerman, Jepun dan Brazil. 

Padi 

Padi dijalankan secara meluas di Malaysia. Terdapat dua jenis padi iaitu padi sawah dan padi huma. Padi huma kebanyakan dijalankan di Sabah dan Sarawak. Malah padi sawah dijalankan secara meluas di pantai barat terutamanya di bahagian utara seperti Kedah dan Perlis. Padi diusahakan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Perseketuan (FAMA). Syarikat Padi dan Beras Nasional (Bernas) sudah mengesahkan pengimportan dari Thailand dan Vietnam. 

Pengenalan




Hi, kawan-kawan, apa khabar? Adakah anda ingin tau tentang Malaysia? Jom kita belajar sama-sama tentang keindahan-keindahan MALAYSIA!!! Malaysia bukan sahaja negara yang aman dan damai malah terdapat juga infrastruktur yang canggih, kaya dengan pelbagai budaya,merupakan sebuah pusat pelancongan yang maju dan sistem pentadbiran yang teratur. 

Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada empat belas negeri dan tiga wilayah. Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia. Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan.

Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika,serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17negara megadiversiti.Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.