Sunday 31 May 2015

BIDANG PERTANIAN

Terdapat pelbagai pertanian yang dijalankan di Malaysia, seperti kelapa sawit, getah dan padi. 


Kelapa Sawit

Malaysia merupakan antara pengeluar dan pengeksport kelapa sawit yang terbesar di dunia. Kawasan utama penanaman kelapa sawit di Malaysia adalah di Sabah. Sebahagian kelapa sawit dimajukan oleh Skim Kerajaan FELDA, RISDA dan FELCRA manakala bakinya diusahakan oleh pekebun kecil. Malaysia merupakan eksport terbesar kelapa sawit ke China. MPOB merupakan badan yang bertanggungjawab merancang, menyelidik dan membangunkan industri minyak sawit dan kelapa sawit di Malaysia. 


Getah 

Pokok getah merupakan sejenis tumbuhan tropika. Malaysia merupakan pengeluar getah yang utama di dunia. 
Pokok getah bukan sahaja diusahakan untuk
 penghasilan susu getah sahaja tetapi kini batang
 getah merupakan komoditi penting di Malaysia bagi menghasilkan perabot kayu getah yang cantik dan berharga. Getah diusahakan oleh Felda. Getah dieksport ke China, Amerika Syarikat, Jerman, Jepun dan Brazil. 

Padi 

Padi dijalankan secara meluas di Malaysia. Terdapat dua jenis padi iaitu padi sawah dan padi huma. Padi huma kebanyakan dijalankan di Sabah dan Sarawak. Malah padi sawah dijalankan secara meluas di pantai barat terutamanya di bahagian utara seperti Kedah dan Perlis. Padi diusahakan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Perseketuan (FAMA). Syarikat Padi dan Beras Nasional (Bernas) sudah mengesahkan pengimportan dari Thailand dan Vietnam. 

No comments:

Post a Comment