Wednesday 3 June 2015

Budaya Malaysia

Malaysia merupakan rumah kepada pelbagai kaum. Setiap kaum mempunyai budaya dan adat resam tersendiri. Keunikan dan kecantikan budaya dan adat-adat kaum ini menjadi tarikan pelancong melancong ke negara Malaysia. Tiga kaum utama negara ini adalah Melayu, India dan Cina. Perbezaan budaya dapat di lihat melalui cara pakaian, tarian dan makanan.

Kaum Melayu 

i) Pakaian Tradisional

Baju kurung adalah pakaian kaum Melayu yang popular dan dipakai oleh kaum perempuan. Pengertian kurung secara tidak langsung membawa erti "mengurung atau menutup" anggota tubuh badan. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah "kurung" diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang.

Image result for baju melayu
Baju melayu pula adalah pakaian tradisional yang dipakai oleh kaum lelaki. Pakaian ini dilengkapi dengan pakaian sampin dan songkok. Terdapat dua jenis baju melayu iaitu Baju Melayu Teluk Belangga dan Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara, dan juga untuk menunaikan sembahyang Jumaat.  

ii) Tarian Tradisional  

Tarian Zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. Perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut, Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam. Kini, tarian zapin masih dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. 


Kaum India 

i) Pakaian Tradisional

Sari merupakan pakaian kaum perempuan dan ia adalah pakaian yang boleh dipakai secara harian atau pada musim perayaan atau semasa perkahwinan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Terdapat banyak jenis kain sari seperti kapas, sutera dan lain-lain. Kebanyakan kain sari jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, pemakai haruslah memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sari dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. 


 Dhoti merupakan pakaian kaum lelaki India. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang berwarna putih malah sekarang diperbuat menggunakan kain yang berwarna-warni. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda tidak minat memakai pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. 

ii) Tarian Tradisional 

Bharatanatyam adalah tarian klasik India yang bagaikan puisi dalam gerak tari. Tarian ini dramaik dan bersemangat berdasarkan kisah epik India purba dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih sejak umur semuda lima tahun. 



Kaum Cina 

i) Pakaian Tradisional 

Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama "Cheongsam" bererti "pakaian panjang", diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dari dialek Propinsi Guangdong (canton) di Tiongkok. Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh pemakai. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas seperti bunga, burung, naga dan sebagainya. 



Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh kaum perempuan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.




ii) Tarian Tradisional

Tarian naga adalah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga dan sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. 





















Tuesday 2 June 2015

Makanan

Nasi Lemak

Nasi lemak merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu tetapi makanan ini juga menjadi kegemaran kebanyakan masyarkat Malaysia. Nasinya yang lembut dan bersantan serta sambalnya yang pedas memang disukai oleh orang ramai. Nasi lemak dimakan pada bila-bila masa, untuk sarapan pagi hingga makan malam. Nasi lemak mendapat namanya melalui penggunaan santan dalam semasa memasak nasinya. Nasi lemak biasanya dihidang dengan timun, ikan bilis, kacang, telur rebus dan sambal. Nasi lemak juga popular dengan pelancong yang mengunjungi negara ini.

Roti Canai

Makanan ini makanan tradisional kaum India dan disukai oleh ramai. Kalau lapar di Mamak makanan ini memang selalu dipesan. Roti canai atau paratha dibuat dengan gandum tulin dan mempunyai banyak khasiat. Roti ini diguli dengan teknik-teknik tertentu dan digoreng dengan api yang panas. Roti canai sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.




Dim Sum 

Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan yang dihidangkan bersama teh Cina iaitu Yum Cha. Hidangan disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut dan sayur-sayuran dan juga pencuci mulut dan buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pnggan kecil. Dim sum sering disajikan dalam wadah kukusan bambu agar tetap panas. 




BIDANG EKONOMI

Ekonomi di Malaysia merangkumi beberapa bidang seperti pertanian, perikanan, dan perdagangan. Pada zaman British, wujudnya dwiekonomi di negara Malaysia iaitu ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan. Malah pada zaman kini, dengan pertolongan kerajaan ekonomi tradisional dan dagangan tidak diasingkan lagi dan dimajukan secara bersama. Wujudnya juga beberapa jabatan untuk memelihara dan memulihara ekonomi tradisional negara kita.

Ekonomi Pertanian

Ekonomi pertanian di negara ini merangkumi pertanian kelapa sawit. padi dan getah. Ekonomi ini telah berkembang pesat sejak dari zaman British. Badan seperti FELDA, Sime Darby dan MARA telah banyak berjasa dalam meningkatkan mutu ekonomi ini. Kebun kecil telah diwujudkan dengan pertolongan kerajaan dalam usaha menolong penduduk luar kota. Dengan wujudnya ekonomi tersebut, negara tidak lagi perlu bergantung kepada import makanan dari luar negara dan boleh memperolehi keuntungan melalui eksport barangan seperti minyak sawit dan getah.

Ekonomi Perikanan

Ikan merupakan sumber makanan yang penting bagi masyarakat Malaysia. Kegiatan perikanan merupakan pekerjaan utama bagi masyarakat Melayu dan masyarakat luar bandar yang tinggal di tepi laut dan sungai. Hasil tangkapan akan digunakan untuk menyara diri serta lebihan didagangkan. Kegiatan perikanan dimajukan dengan penggunaan alatan moden untuk menangkap pelbagai jenis ikan.

Ekonomi Perdagangan 

Ekonomi perdagangan di Malaysia bermula sejak zaman Tanah Melayu lagi dan merupakan lanjutan daripada kegiatan perlombongan berasaskan bahan mentah. Terdapat juga barang-barang dagangan yang berasaskan hasil pertanian. Perdagangan dimulakan dengan bijih timah dan kemudian getah. Kegiatan perdagangan dipertingkatkan lagi dengan wujudnya peralatan moden dan peningkatan kemudahan pengangkutan seperti perkapalan dan jalan raya. Perdagangan getah mengalami kemelestan semasa perang dunia yang kedua dan digantikan oleh kelapa sawit sehingga hari ini. 

Monday 1 June 2015

Kraf Tangan

Kraftangan bersifat tradisional dan mempunyai daya tarikan kebudayaan terdapat secara meluas di negara kita. Penghasilan kraftangan mempunyai teknik-teknik yang unik seperti menyulam, menenun dan pelbagai.

 Kompleks kraftangan yang terkenal adalah Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur. Kompleks ini terletak di Jalan Conlay, 50450 kuala lumpur. Kompleks ini merupakan destinasi pelancongan tempatan dan antarabangsa serta menjadi salah satu lokasi yang MESTI DILAWATI. Kompleks ini memberi peluang untuk pengunjung lebih mendekati keunikan dan kecantikan seni kraftangan.


Kompleks ini terdapat tempat jualan kraf yang menawarkan kepelbagaian jualan produk kraf tempatan untuk dibeli oleh pengunjung dengan tawaran harga yang berpatutan. Kedai ini menjual dan menerima tempahan pelbagai produk kraf, meliputi hadiah dan cenderamata, pakaian dan aksesori, kemasan dan perhiasan rumah serta perabot dari pelbagai bidang kraf. Terdapat empat jenis kedai dalam kompleks ini iaitu Kedai Hadiah dan Cenderamata, Kedai Cenderamata Korporat, Butik Karyaneka dan Kedai Satu Daerah Satu Industri.


Terdapat juga Muzium Kraf yang dapat mengenali dan hayati kraf zaman ke zaman. Pengumpulan maklumat proses pembuatan kraf serta pameran warisan kraf yang diadakan dapat memberi pendidikan dan kefahaman yang berkesan kepada orang ramai dan generasi muda melalui program pemuliharaan kraf warisan. MASA OPERASI adalah pada hari Isnin-Ahad pukul 9.00 pagi -5:30 petang

Perkampungan kraf juga terdapat dalam kompleks ini. Aktiviti demonstrasi dan interaktif kraf dijalankan di Perkampungan Kraf bagi memberi peluang kepada pengunjung mempelajari dan menjiwai proses pembuatan produk kraf seperti anyaman rotan, mencanting batik, mengukir kayu dan membuat seramik. Bayaran minimum dikenakan kepada pengunjung yang ingin mencuba. 



Kunjungilah juga perkampungan pelukis dan bertemu dengan pelukis-pelukis tempatan yang meluahkan bakat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan seni lukisan asli yang berimej Malaysia.

Jika ingin maklumat yang lebih lanjut tentang seni kraftangan serta aktiviti yang terkini tentang kraftangan dan tokoh-tokoh kraftangan anda boleh mengunjungi lamanweb http://www.kraftangan.gov.my/

BIDANG PELANCONGAN


Bidang pelancongan di Malaysia telah berkembang pesat secara mendadak. Terdapat beberapa faktor yang mendorong pembangunan Malaysia dari segi pelancongan seperti kepelbagaian budaya, adat resam, makanan, kraf tangan dan pembangunan.

Kraf Tangan 


Kraftangan dihasilkan oleh pelbagai pusat di seluruh Malaysia. Antaranya ialah kampung budaya sarawak, central market dan pelbagainya.




Pembangunan



Pembangunan mempunyai makna yang pelbagai yang boleh diibaratkan sebagai satu ungkapan yang universal. Antara contoh pembangunan yang terdapat di Malaysia ialah KLCC, KL tower dan legoland.



Budaya    


Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum. Antaranya ialah kaum Melayu, kaum India, kaum China dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai adat resam, budaya, tarian dan pakaian tradisional yang berbeza.          



Makanan 



Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan yang sungguh enak. Makanan masyarakat berbilang kaum merupakan salah satu perkara yang telah menyatukan rakyat Malaysia sekali gus membangunkan industri pelancongan.