Kaum Melayu
i) Pakaian Tradisional
Baju kurung adalah pakaian kaum Melayu yang popular dan dipakai oleh kaum perempuan. Pengertian kurung secara tidak langsung membawa erti "mengurung atau menutup" anggota tubuh badan. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah "kurung" diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang.
Baju melayu pula adalah pakaian tradisional yang dipakai oleh kaum lelaki. Pakaian ini dilengkapi dengan pakaian sampin dan songkok. Terdapat dua jenis baju melayu iaitu Baju Melayu Teluk Belangga dan Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara, dan juga untuk menunaikan sembahyang Jumaat.
ii) Tarian Tradisional
Tarian Zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. Perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut, Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam. Kini, tarian zapin masih dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal.
Kaum India
i) Pakaian Tradisional
Sari merupakan pakaian kaum perempuan dan ia adalah pakaian yang boleh dipakai secara harian atau pada musim perayaan atau semasa perkahwinan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Terdapat banyak jenis kain sari seperti kapas, sutera dan lain-lain. Kebanyakan kain sari jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, pemakai haruslah memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sari dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.
Dhoti merupakan pakaian kaum lelaki India. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang berwarna putih malah sekarang diperbuat menggunakan kain yang berwarna-warni. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda tidak minat memakai pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.
ii) Tarian Tradisional
Bharatanatyam adalah tarian klasik India yang bagaikan puisi dalam gerak tari. Tarian ini dramaik dan bersemangat berdasarkan kisah epik India purba dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih sejak umur semuda lima tahun.
Kaum Cina
i) Pakaian Tradisional
Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama "Cheongsam" bererti "pakaian panjang", diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dari dialek Propinsi Guangdong (canton) di Tiongkok. Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh pemakai. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas seperti bunga, burung, naga dan sebagainya.
ii) Tarian Tradisional
Tarian naga adalah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga dan sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah.
No comments:
Post a Comment