Monday 1 June 2015

Kraf Tangan

Kraftangan bersifat tradisional dan mempunyai daya tarikan kebudayaan terdapat secara meluas di negara kita. Penghasilan kraftangan mempunyai teknik-teknik yang unik seperti menyulam, menenun dan pelbagai.

 Kompleks kraftangan yang terkenal adalah Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur. Kompleks ini terletak di Jalan Conlay, 50450 kuala lumpur. Kompleks ini merupakan destinasi pelancongan tempatan dan antarabangsa serta menjadi salah satu lokasi yang MESTI DILAWATI. Kompleks ini memberi peluang untuk pengunjung lebih mendekati keunikan dan kecantikan seni kraftangan.


Kompleks ini terdapat tempat jualan kraf yang menawarkan kepelbagaian jualan produk kraf tempatan untuk dibeli oleh pengunjung dengan tawaran harga yang berpatutan. Kedai ini menjual dan menerima tempahan pelbagai produk kraf, meliputi hadiah dan cenderamata, pakaian dan aksesori, kemasan dan perhiasan rumah serta perabot dari pelbagai bidang kraf. Terdapat empat jenis kedai dalam kompleks ini iaitu Kedai Hadiah dan Cenderamata, Kedai Cenderamata Korporat, Butik Karyaneka dan Kedai Satu Daerah Satu Industri.


Terdapat juga Muzium Kraf yang dapat mengenali dan hayati kraf zaman ke zaman. Pengumpulan maklumat proses pembuatan kraf serta pameran warisan kraf yang diadakan dapat memberi pendidikan dan kefahaman yang berkesan kepada orang ramai dan generasi muda melalui program pemuliharaan kraf warisan. MASA OPERASI adalah pada hari Isnin-Ahad pukul 9.00 pagi -5:30 petang

Perkampungan kraf juga terdapat dalam kompleks ini. Aktiviti demonstrasi dan interaktif kraf dijalankan di Perkampungan Kraf bagi memberi peluang kepada pengunjung mempelajari dan menjiwai proses pembuatan produk kraf seperti anyaman rotan, mencanting batik, mengukir kayu dan membuat seramik. Bayaran minimum dikenakan kepada pengunjung yang ingin mencuba. 



Kunjungilah juga perkampungan pelukis dan bertemu dengan pelukis-pelukis tempatan yang meluahkan bakat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan seni lukisan asli yang berimej Malaysia.

Jika ingin maklumat yang lebih lanjut tentang seni kraftangan serta aktiviti yang terkini tentang kraftangan dan tokoh-tokoh kraftangan anda boleh mengunjungi lamanweb http://www.kraftangan.gov.my/

No comments:

Post a Comment