Ekonomi Pertanian
Ekonomi pertanian di negara ini merangkumi pertanian kelapa sawit. padi dan getah. Ekonomi ini telah berkembang pesat sejak dari zaman British. Badan seperti FELDA, Sime Darby dan MARA telah banyak berjasa dalam meningkatkan mutu ekonomi ini. Kebun kecil telah diwujudkan dengan pertolongan kerajaan dalam usaha menolong penduduk luar kota. Dengan wujudnya ekonomi tersebut, negara tidak lagi perlu bergantung kepada import makanan dari luar negara dan boleh memperolehi keuntungan melalui eksport barangan seperti minyak sawit dan getah.
Ekonomi Perikanan
Ikan merupakan sumber makanan yang penting bagi masyarakat Malaysia. Kegiatan perikanan merupakan pekerjaan utama bagi masyarakat Melayu dan masyarakat luar bandar yang tinggal di tepi laut dan sungai. Hasil tangkapan akan digunakan untuk menyara diri serta lebihan didagangkan. Kegiatan perikanan dimajukan dengan penggunaan alatan moden untuk menangkap pelbagai jenis ikan.
Ekonomi perdagangan di Malaysia bermula sejak zaman Tanah Melayu lagi dan merupakan lanjutan daripada kegiatan perlombongan berasaskan bahan mentah. Terdapat juga barang-barang dagangan yang berasaskan hasil pertanian. Perdagangan dimulakan dengan bijih timah dan kemudian getah. Kegiatan perdagangan dipertingkatkan lagi dengan wujudnya peralatan moden dan peningkatan kemudahan pengangkutan seperti perkapalan dan jalan raya. Perdagangan getah mengalami kemelestan semasa perang dunia yang kedua dan digantikan oleh kelapa sawit sehingga hari ini.
No comments:
Post a Comment